Wednesday, April 2, 2014

First Day Fstep

Salam. Hai.
Tahukah anda saya menaip sambil srott sroott menyedut chatime vanilla latte? (Motiffff..!)
As promised, here is my first day experience as a Fstepian. Wahhh gitu speaking engkau!
Nah gambar hiasan. saja letak filter ala-ala sinaran mentari ke arah fstep tersebut. hahaha
So macam biasa, mula-mula register session at 8.30, lepastu kene jawab personality test. For those yang belum ambik english test sebab die apply under bank direct and bukan fstep, they have to pass the english test so that diorang qualified untuk betul-betul daftar fstep. cuak kan kalau kes diorang! kalau diorang gagal means terus takdapat fstep. mcm kitorang, test dulu baru lepas untuk interview. Diorang interview dulu, baru test. Tapi of course la yang pass interview tu lepas english test kalau tak macam mana dorang lepas interview kan. Apende aku merepek banyak-banyak pasal ni..(haish)

Lepas habis test, habis lunch, ade briefing pasal Fstep, syllabus, banking,insurans,promotion & of course welcoming speech. Nah gambar harini. Saja nak tunjuk sebab ade muka aku. Cari la muahahahah.
Cilok dari page je semua ni. Kredit to our photographer.





So these are some of our tentative program throughout the whole 6 months + 6 months internship at our own financial institutions:



Menarik sangat2 kan?
Paling excited part OBS tuh la.. sebab aku memang suke camping2, jungle trekking ni. hahaha!
Oh ya,
Kitorang (those with non-financial course dulu) kene attend accounting class as well on saturday. 
Ala, 3x je pun. Bagus jugak biar ade basic semua.
So far hari pertama. Best!
Bye!


Tuesday, April 1, 2014

Ceritakan 1 April Anda.

Genap sebulan aku menganggur...

Actually aku habis master awal dalam bulan 1 lagi tapi sebab aku rajin cari duit, so aku kerja as part time research assistant kat UTM Skudai. (LoL tak tanyapun!)
Lepastu sebagai penganggur terhormat, aku pun apply la macam2 kat jobstreet tuh dah kak lina kite asik duk email aje nyuruh apply. aku apply like almost 52 kot. Tapi nak cerita ni first interview aku dengan fstep.
Sape taktahu tuh rajin2lah google. tuhpun kaknurul nak kene ajar ke ha!

Ok. So first dapat under EXIM bank. die kata bg result within 2 weeks. Tunggu punya tunggu within 2 weeks takde pape pun. tiba2 dapat interview ke-2 dari fstep kalini under bank rakyat pulak. Mak aih. 2-2 interview aku tough. Bank rakyat siap panel 3 orang lagi, exim 2 je. Tapi alhamdulillah. genap seminggu die bagi aku offer letter. kire berjaya la tuhkan. Tak sangka. Alhamdulillah.*wink*wink*

So, esok bersamaan 2 april 2014, merupakan first day aku di fstep (dalam menara takaful).
Nervous bak hang!
Taktau kenapa. maybe sebab nervous gaya hidup baru, jadi orang baru, setelah sebulan useless and berat aku naik berjuta lemon kilo. so ada baiknya aku merubah kembali cara hidup aku sebagai insan yang berbakti kepada negara dalam industri kewangan. pende aku merepek seh?

Sekarang sementara 6 bulan training kat fstep aku stay kat vista angkasa apartment dekat kerinchi tuh.
Selesa jugakla dekat dengan banyak public transport + semua kemudahan ada. Dari sini (stesen universiti) ke fstep (stesen pasar seni) adalah dalam 4 stesen tak silap aku.

Tadi mama yang hantar barang aku. kesian die drive sorang2. sebab abah kerja... so takkan tiba2 nak ambik half demi aku kan. takpela deting dengan mama menggunakan en waze. Sempatla try dubu dubu. Gah je nama. Takdelah sedap mana. Tapi comel. hhaha selingan kejap.


First time duduk rumah sewa sendiri. takdela sendiri. 3org housemates aku. semua 30-an. 
Aku duduk berdua je kat masterbedroom ni. lagi 2 orang duduk solo kat middle room.
So far roomate aku ni sempoi gila and kelakar. Aku cas boleh kot enter kepala. Jenis sama-sama bising memondan bersama. Lagi 2 tak kenal lagi. 

Yang pasti salah sorang daripada tuh da marah aku sebab aku terlock pintu. Memang salah aku pun. Tapi aku first day kot. Tak payahla nak sound "orang penat2 kerja" . Lakkk kau. Terus aku dah tak suka die. Bad impression for both of us on our first meet! 
Tapi takpelah roomate aku ade astro ko takde. padan muka hahahah
Dah kenapa bunyik siren malam2 buta ni.

Okla so esok. esok punye cerita la.
Esok aku update pengalaman first day fstep okeh. hehe
Bye!





Daya kembali menceriakan anda! (entah sapa-sapa je baca)

Harini 1 april 2014.
Aku! atau nama komersilnye,.... kaknurul akan start berblogging kembali.
Kenapa?
sebab twitter & facebook tiada privasi lagi bagi diriku ewahh
next post la bebel lain