Wednesday, April 2, 2014

First Day Fstep

Salam. Hai.
Tahukah anda saya menaip sambil srott sroott menyedut chatime vanilla latte? (Motiffff..!)
As promised, here is my first day experience as a Fstepian. Wahhh gitu speaking engkau!
Nah gambar hiasan. saja letak filter ala-ala sinaran mentari ke arah fstep tersebut. hahaha
So macam biasa, mula-mula register session at 8.30, lepastu kene jawab personality test. For those yang belum ambik english test sebab die apply under bank direct and bukan fstep, they have to pass the english test so that diorang qualified untuk betul-betul daftar fstep. cuak kan kalau kes diorang! kalau diorang gagal means terus takdapat fstep. mcm kitorang, test dulu baru lepas untuk interview. Diorang interview dulu, baru test. Tapi of course la yang pass interview tu lepas english test kalau tak macam mana dorang lepas interview kan. Apende aku merepek banyak-banyak pasal ni..(haish)

Lepas habis test, habis lunch, ade briefing pasal Fstep, syllabus, banking,insurans,promotion & of course welcoming speech. Nah gambar harini. Saja nak tunjuk sebab ade muka aku. Cari la muahahahah.
Cilok dari page je semua ni. Kredit to our photographer.





So these are some of our tentative program throughout the whole 6 months + 6 months internship at our own financial institutions:



Menarik sangat2 kan?
Paling excited part OBS tuh la.. sebab aku memang suke camping2, jungle trekking ni. hahaha!
Oh ya,
Kitorang (those with non-financial course dulu) kene attend accounting class as well on saturday. 
Ala, 3x je pun. Bagus jugak biar ade basic semua.
So far hari pertama. Best!
Bye!


Tuesday, April 1, 2014

Ceritakan 1 April Anda.

Genap sebulan aku menganggur...

Actually aku habis master awal dalam bulan 1 lagi tapi sebab aku rajin cari duit, so aku kerja as part time research assistant kat UTM Skudai. (LoL tak tanyapun!)
Lepastu sebagai penganggur terhormat, aku pun apply la macam2 kat jobstreet tuh dah kak lina kite asik duk email aje nyuruh apply. aku apply like almost 52 kot. Tapi nak cerita ni first interview aku dengan fstep.
Sape taktahu tuh rajin2lah google. tuhpun kaknurul nak kene ajar ke ha!

Ok. So first dapat under EXIM bank. die kata bg result within 2 weeks. Tunggu punya tunggu within 2 weeks takde pape pun. tiba2 dapat interview ke-2 dari fstep kalini under bank rakyat pulak. Mak aih. 2-2 interview aku tough. Bank rakyat siap panel 3 orang lagi, exim 2 je. Tapi alhamdulillah. genap seminggu die bagi aku offer letter. kire berjaya la tuhkan. Tak sangka. Alhamdulillah.*wink*wink*

So, esok bersamaan 2 april 2014, merupakan first day aku di fstep (dalam menara takaful).
Nervous bak hang!
Taktau kenapa. maybe sebab nervous gaya hidup baru, jadi orang baru, setelah sebulan useless and berat aku naik berjuta lemon kilo. so ada baiknya aku merubah kembali cara hidup aku sebagai insan yang berbakti kepada negara dalam industri kewangan. pende aku merepek seh?

Sekarang sementara 6 bulan training kat fstep aku stay kat vista angkasa apartment dekat kerinchi tuh.
Selesa jugakla dekat dengan banyak public transport + semua kemudahan ada. Dari sini (stesen universiti) ke fstep (stesen pasar seni) adalah dalam 4 stesen tak silap aku.

Tadi mama yang hantar barang aku. kesian die drive sorang2. sebab abah kerja... so takkan tiba2 nak ambik half demi aku kan. takpela deting dengan mama menggunakan en waze. Sempatla try dubu dubu. Gah je nama. Takdelah sedap mana. Tapi comel. hhaha selingan kejap.


First time duduk rumah sewa sendiri. takdela sendiri. 3org housemates aku. semua 30-an. 
Aku duduk berdua je kat masterbedroom ni. lagi 2 orang duduk solo kat middle room.
So far roomate aku ni sempoi gila and kelakar. Aku cas boleh kot enter kepala. Jenis sama-sama bising memondan bersama. Lagi 2 tak kenal lagi. 

Yang pasti salah sorang daripada tuh da marah aku sebab aku terlock pintu. Memang salah aku pun. Tapi aku first day kot. Tak payahla nak sound "orang penat2 kerja" . Lakkk kau. Terus aku dah tak suka die. Bad impression for both of us on our first meet! 
Tapi takpelah roomate aku ade astro ko takde. padan muka hahahah
Dah kenapa bunyik siren malam2 buta ni.

Okla so esok. esok punye cerita la.
Esok aku update pengalaman first day fstep okeh. hehe
Bye!





Daya kembali menceriakan anda! (entah sapa-sapa je baca)

Harini 1 april 2014.
Aku! atau nama komersilnye,.... kaknurul akan start berblogging kembali.
Kenapa?
sebab twitter & facebook tiada privasi lagi bagi diriku ewahh
next post la bebel lain

Tuesday, August 6, 2013

Today in Ramadhan

Harini plan nak buka puasa dengan geng convent.
actually ni idea one of my girsl. non-muslim. tapi dia memang kawan dengan melayu and kalau tengok cara dia socialize memang macam melayu. FIONA namanya. malangnya, selaku admin, event creator , dia pulak suddenly low blood pressure and tak dapat attend our so-called-reunion ni lah.
kitorang berbuka di SPICE VAGANZA jalan khalidi. actually bukan berbuka la. after berbuka.
bagi can dulu alas perut dengan parents + magrib dulu kat rumah kan.
so, inilah yang berlaku..











ok now lemme introduce one by one la yer.
first and foremost. my bff habis la ni. yang lain pun bff. tapi ni bff paling utama la. ZAM. UITM shah alam. actuary, 23. hahaha

next, AWIN. 23, human resource student. baik budaknya. anak puan zanariah cikgu convent.

ni WANI. 23, medik kat uniKL. kepoh sangat tapi best.

ni pulak WANA. 23, gadis hot tinggi lampai. aku yang 168cm ni pun da rasa tinggi inikan dia 170++

ok, ini IZA awek UTP. piwittt gali minyak. haha. 23 jugak. memang semua kawan2 aku tua setahun dari aku.

ni si sepet AQILAH. unimas, 23, medik jugak. dulu speckie. sekarang da lenss kelaaasss ko jah.

ni memang kenal sangat la kompom. kemana-mana dengan dia je. BIL. 23,tunang orang da.

lepas puas melantak,






 si QIL tak puas lagi berborak and ajak lepak MUAR SOUP HOUSE pulak.





tuhje meeting dari pukul 8.30 malam sampai la 12.30 sampai rumah. love u guys so much <3 p="">

Wednesday, July 31, 2013

Trip to Sabah with Coursemate

Assalamulaikum.
Malam ni nak cerita pasal negeri di bawah bayu.. iaitu SABAH.
Trip ni kitorang pergi masa aku degree dulu
actually ni under PA aku.. aka homeroom.. tapi disebabkan geng aku pun nak join sama, so aku taram jela trip bersama COURSEMATE since dorang semua pun sama kelas dengan aku.
sabah ni tempat yang sangat best.
memang sesuai kalau korang nak jadikan tempat percutian.
dari pulau, makanan, shopping, ke suasana semua best.
nak recall nama tempat memang dah tak ingat la sebab ni throwback. so, tengok jela gambar.
kitorang stay kat API-API APARTMENT. murah sangat hokeh. dan sangat-sangat comfortable.
Kita start dari... MAKANAN!

ha.. ayam ni sedap. sedap sangat-sangat . rasa dia lain yang dari jumpa kat pasar malam tuh. RM1 je .promote sikit muke pakcik ni kot-kot ade yang berkenan haha



Seafood segar-segar. basically takdelah murah mana. maybe tempat kitorang pergi ni kot. depends jugak level murah tuh ikut kawasan. and kadang-kadang dorang pun pandai mark up harga sebab kita tak pandai cakap sabah. so people, pretend expert sabah! BAKALAKAU bak kata johan mak jemah! hentam je asal bunyik sabah-sabah tuh nanti dapat murah hehe. 





butterprawn sedap. udang fresh katakan. gambar lauk lain tak sempat capture. time ni belum zaman instagram. so takde la perasaan nak ambik kemera snap 1-1 lauk masuk insta. hahaha sekarang je gila gambar makanan. eh, follow la kitewwww erkk. hahaha @nurulhidayahsalim ( sempat kauu promote)


 hidupan aneh untuk dijual



ok. ni paling special. tourist guide kitorang aka coursemate aku jugak yang buat benda ni. nama die ambuyat. ni makanan orang sana dia kata. berkhasiat ni sebab yang hijau tuh seaweed. bukan seaweed yg balut sushi tuh. ni kolagen yang orang duk jual tuh kot. putih tuh kenyal2 nyut nyut. lepastu sayur dengan udang kering tuh penambah perisa. sedap sangat okeh. nampak simple kan. tapi rasa die unik and sedap bagi aku.


next kita proceed ke PULAU-PULAU pulak. wahh gituuu siap ada segment konon.
kitorang ambik pakej 3 pulau sekaligus sehari tuh. siap pakej dgn scuba lagi. best betul. ok macam biasa. tengok jela gambar. bukan korang nak baca sangat pun ape aku tulis. lihat la pemandangan-pemandangan yang awesome ni tuan puan.













Next, kitorang pergi PORING rendam-rendam air panas & naik jambatan gantung yang super challenging gayatnya.






kemudian kami pergi ke kawasan feeling-feeling oversea gitu lembu dia dengan lereng gunung kinabalu. aku upload randomly je la. penat da. ko pikir tak jenuh tunggu gambar upload dengan laptop yang asyik mati sebab panas. sabar jela labu. dala, cakap banyak pun tak guna. nah!
















ok. sekian. bye!